Monday, 25 April 2011

sukan

berbatov manchester united thumb Kehebatan Berbatov Tenggelamkan Blackburn
LONDON, (D5 Sports) – Manchester United mengganas apabila berjaya membelasah Blackburn Rovers 7-1 untuk merampas kedudukan selaku pendahulu liga dengan lima gol daripadanya datang daripada hasil kehebatan penyerang Dimitar Berbatov pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.
Anak buah Sir Alex Ferguson berada di persada liga dengan kelebihan tiga mata berbanding Chelsea yang kini jatuh ke tangga ketiga selepas mengharungi 15 perlawanan.
Gol-gol Berbatov dijaringkan pada minit ke-2,27, 47, 62 dan 70 manakala dua lagi gol disumbat oleh Park Ji-sung (m23) dan Nani (m48). Gol saguhati pasukan pelawat dijaringkan oleh Christopher Samba pada babak akhir permainan.
Di dalam satu lagi perlawanan tumpuan antara Aston Villa menentang Arsenal menyaksikan anak buah Arsene Wenger berjaya mengatasi minggu yang penuh tekanan dengan mencatat menang ke atas lawan mereka 4-2 meskipun beraksi di gelanggang lawan.
Arsenal yang tewas 2-0 kepada Braga di dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menjadikan anak buah Gerard Houllier sebagai mangsa untuk menebus kekalahan tempoh hari.
Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Andrei Arshavin (min 39), Samir Nasri (m45), Marouane Chamakh (m56) dan Jack Wilshere (m90) sekaligus berada di tangga kedua carta liga dengan ketinggalan dua mata dari United.
Harapan untuk Manchester City terus memberikan cabaran kepada pasukan teratas carta liga mengalami halangan sukar apabila hanya sekadar seri 1-1 dengan Stoke City.
Lain-lain keputusan menyaksikan West Ham Utd menang 3-1 ke atas Wigan Athletic, Fulham seri 1-1 dengan Birmingham City, Wolverhampton menang 3-2 ke atas Sunderland, Bolton Wanderes seri 2-2 dengan Blackpool dan Everton tewas 4-1 ditangan West Bromwich.

No comments:

Post a Comment