Monday, 25 April 2011

sukan

berbatov manchester united thumb Kehebatan Berbatov Tenggelamkan Blackburn
LONDON, (D5 Sports) – Manchester United mengganas apabila berjaya membelasah Blackburn Rovers 7-1 untuk merampas kedudukan selaku pendahulu liga dengan lima gol daripadanya datang daripada hasil kehebatan penyerang Dimitar Berbatov pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.
Anak buah Sir Alex Ferguson berada di persada liga dengan kelebihan tiga mata berbanding Chelsea yang kini jatuh ke tangga ketiga selepas mengharungi 15 perlawanan.
Gol-gol Berbatov dijaringkan pada minit ke-2,27, 47, 62 dan 70 manakala dua lagi gol disumbat oleh Park Ji-sung (m23) dan Nani (m48). Gol saguhati pasukan pelawat dijaringkan oleh Christopher Samba pada babak akhir permainan.
Di dalam satu lagi perlawanan tumpuan antara Aston Villa menentang Arsenal menyaksikan anak buah Arsene Wenger berjaya mengatasi minggu yang penuh tekanan dengan mencatat menang ke atas lawan mereka 4-2 meskipun beraksi di gelanggang lawan.
Arsenal yang tewas 2-0 kepada Braga di dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menjadikan anak buah Gerard Houllier sebagai mangsa untuk menebus kekalahan tempoh hari.
Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Andrei Arshavin (min 39), Samir Nasri (m45), Marouane Chamakh (m56) dan Jack Wilshere (m90) sekaligus berada di tangga kedua carta liga dengan ketinggalan dua mata dari United.
Harapan untuk Manchester City terus memberikan cabaran kepada pasukan teratas carta liga mengalami halangan sukar apabila hanya sekadar seri 1-1 dengan Stoke City.
Lain-lain keputusan menyaksikan West Ham Utd menang 3-1 ke atas Wigan Athletic, Fulham seri 1-1 dengan Birmingham City, Wolverhampton menang 3-2 ke atas Sunderland, Bolton Wanderes seri 2-2 dengan Blackpool dan Everton tewas 4-1 ditangan West Bromwich.

Sunday, 24 April 2011

Go to fullsize image
PENGELUAR perkakasan superkomputer, SGI menjangkakan peningkatan dalam semua aspek perkomputeran dalam kehidupan manusia pada 2011 yang memerlukan sistem cekap dan pintar bagi memenuhi keperluan nanti.
Pengarah Urusan dan Naib Presiden SGI Asia Pasifik dan Jepun, Philips Chua, berkata tahun 2011 yang berkait rapat dengan pelbagai peningkatan termasuk aspek teknikal dalam perkomputeran pengguna dan tulang belakang.

"Definisi teknikal dalam perkomputeran termasuk penggunaan tenaga sama ada ia mampu menjimatkan, sains manusia yang menggerakkan perubahan teknologi dari semasa ke semasa dan teknologi pintar untuk penyepaduan," katanya.

Beliau turut menjelaskan faktor analisis data, hiburan, perkilangan dan perkhidmatan kewangan akan mengalami perubahan mendadak selaras dengan permintaan pengguna yang mahukan inovasi dalam perkhidmatan.

"Di sinilah perlunya superkomputer dibangunkan namun tidak banyak syarikat yang berupaya menawarkannya," katanya.

Chua berkata, permintaan mendadak terhadap data misalnya memerlukan operasi perkomputeran pintar yang menyepadukan dan mengoptimumkan maklumat secara padu.


"Laman YouTube misalnya menyebabkan pertambahan data selain laman lain.

"Oleh itu, kami membangunkan beberapa produk superkomputer mesin Itanium termasuk Xeon7500 berasaskan sumber terbuka dan teknologi ICE Cube yang digunakan meluas dalam Microsoft," katanya.
PECAH...polis memeriksa kenderaan yang dirosakkan di tempat kejadian, semalam.
PECAH...polis memeriksa kenderaan yang dirosakkan di tempat kejadian, semalam.
RAWANG: “Saya beranikan diri menahan lelaki itu kerana bimbang banyak cermin kenderaan lain dipecahkannya,” kata Loges Karna, 30 menceritakan kejadian lelaki berusia 20-an yang mengamuk ‘ala ninja’ di Jalan Bandar Rawang 15, dekat sini, pagi semalam.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu apabila seorang lelaki tidak berbaju dan berseluar pendek kelabu dipercayai tidak siuman menggunakan sebatang besi paip untuk mengetuk dan memecahkan 17 cermin kereta di kawasan itu.

Katanya, pada peringkat awal, suspek memecahkan cermin kereta Honda City dan Proton Arena.

“Tujuh orang awam yang berada di kawasan kejadian membelasah lelaki terbabit dan menghalangnya memecahkan kereta lain.

“Mangsa yang meronta-ronta memohon dilepaskan, tetapi tidak dipedulikan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya di sini, semalam.

Loges yang juga pekerja bengkel kereta terkejut selepas melihat beberapa cermin kenderaan lain yang dipakir berdekatan bengkelnya dipecahkan.


Katanya, lelaki itu memukul berkali-kali cermin kenderaan di hadapannya sehingga pecah sebelum bergerak ke kenderaan lain.

Beliau berkata, kebanyakan pemilik kenderaan yang diletakkan di kawasan itu bekerja di luar Rawang antaranya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya.